Sabtu, 2 Januari 2010

Cara Penjagaan

Cara Penjagaan Lampin

– Prewash 2 kali sebelum guna pertama kali
- Rendam dalam air panas semalaman
- Cuci dengan sedikit sabun dan cuci macam biasa atau machine wash
- Jika machine wash, sila guna laundry bag (untuk menjamin jangka hayat CD)
- Pastikan serbuk pencuci yang digunakan tiada peluntur, pelembab dan bahan kimia
- Jemur dibawah cahaya matahari

Selepas digunakan..

– Buang semua najis ke dalam mangkuk tandas, bilas sehingga hilang bau dan masukkan ke dalam baldi
– Masukkan kesemua CD ke dalam mesin basuh
- Jika cuci dengan tangan, cuma bilas hingga tiada kesan serbuk pencuci.
– Gunakan Laundry Bag untuk menjamin jangka hayat CD anda
– Jemur (seeloknya di bawah cahaya mentari untuk menghilangkan kesan najis)

Serbuk Pencuci yang disyorkan oleh ibu-ibu yang berpengalaman menggunakan CD..

1. Pureen HAD/ABD (dalam bentuk serbuk, jangan gunakan cecair)
2. KAO Attack

3. Cosway - KIDDIEWASH

4. Top detergent

5. Trojan (serbuk pencuci paling murah)

6. Harimau Kuat (Saya guna serbuk ini utk cuci semua pakaian keluarga, murah & baik)


Lampin yang telah digunakan lama, berbau atau ada masalah "leakage", sila ikut langkah-langkah berikut untuk "strip washing"

1 Isikan baldi dengan air panas (cukup untuk rendam cd)
2. Letak sedikit cecair pencuci pinggan.
3. Berus dan gosokkan permukaan dalam (fleece) dengan berus atau tangan beberapa kali.
4. Ulang pada permukaan fleece di dalam.
5.
Bilas dengan baik, pastikan air mengalir jernih, bebas daripada bahan cuci.
6. Jemurkan dibawah cahaya matahari